‘Wifi’ di hari kebangsaan
Seri Manjung – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan logo Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022 yang berkonsepkan jalur liputan internet dengan tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
Logo yang berkonsepkan jalur liputan internet itu melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.
Manakala tiga jalur biru, merah dan kuning mencerminkan keluarga malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
Titik merah pula melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.
Sudah semestinya anda mempunyai 1001 kritikan terhadap logo hari kebangsaan tahun ini.
