verstappen

Verstappen juara dunia F1

Fomula 1 Sukan Terkini

Suzuka – Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen dinobatkan sebagai juara dunia Formula1 (F1) 2022 selepas menjuarai Grand Prix Jepun yang berlangsung dalam cuaca hujan sebentar tadi.

Ini merupakan kejuaraan dunia kedua berturut-turut bagi Max Verstappen setelah melakukan perkara yang sama pada tahun 2021 yang lalu.

Litar Suzuka begitu huru-hara dan kelam-kabut sejak pusingan pertama dimana, pemandu Ferrari, Carlos Sainz terbabas seawal GP Jepun bermula.

Ia ditambah dengan faktor litar yang basah akibat hujan lebat yang turun dengan beberapa pemandu F1 mempertikaikan keberadaan traktor di atas litar sewaktu perlumbaan sedang berlangsung.

Selain itu, pemandu-pemandu juga berada di dalam keadaan ketidakpastian sepanjang perlumbaan mengenai jumlah mata yang akan diterima, kerana perlumbaan tersebut dipendekkan (mengikut undang-undang FIA).

Kejuaraan Max Verstappen ini telah dibantu dengan kesilapan seteru utamanya, Charles Leclerc yang memotong ‘chicane’ pada pusingan terakhir setelah diasak oleh rakan sepasukan Max Verstappen, Sergio Perez.

Sergio Perez menamatkan perlumbaan ditempat kedua setelah Charles Leclerc dikenakan penalti 5 saat oleh ‘Stewards’ akibat kesalahan tersebut.

Charles kelihatan mampu melambatkan pesta Red Bull Racing dan Max Verstappen, tetapi kesilapan kecilnya telah memberikan kegembiraan buat seterunya itu.

Keputusan penuh GP Jepun:

Foto: Red Bull Racing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *