Tuchel dipecat 

London – Pemilik baru Chelsea, Todd Boehly tidak teragak-agak untuk memecat pengurusnya, Thomas Tuchel selepas tewas mengejut kepada Dinamo Zagreb dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. 

Aksi menentang juara Croatia itu merupakan perlawanan ke-100 yang diurus Thomas Tuchel dan merupakan amanah terakhirnya sebagai pengurus Chelsea dalam tempoh 20 bulan. 

Anthony Barry dijangka akan menjadi pengurus sementara Chelsea sehingga pengganti yang sesuai ditemui. 

Beberapa media di England memaklumkan bahawa ketua jurulatih Brighton & Hove Albion, Graham Potter dan bekas pengurus PSG, Mauricio Pochettino menjadi calon utama menggantikan tempat pengurus dari Jerman itu. 

Sebelum itu, sudah terdapat juga kata-kata yang meragui kebolehan Thomas Tuchel untuk mengepalai Chelsea setelah kehadiran pemilik baru. 

Sumber memberitahu, Tood Boehly dikatakan tidak yakin dengan kebolehan Thomas Tuchel untuk membawa Chelsea lebih ke hadapan dan keputusan untuk memecat pengurus Jerman itu bukan hanya semata-mata berdasarkan keputusan di Zagreb. 

Todd Boehly juga tidak berapa gembira setelah Thomas Tuchel berkata “Tidak” kepadanya untuk membawa masuk bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. 

Chelsea ketika ini berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dan telah berbelanja sebanyak 271.1 juta Pound. Ia merupakan rekod perbelanjaan tertinggi bagi sebuah kelab di Liga Perdana Inggeris pada musim 2022/23.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *