PETRONAS Malaysia Open 2022 logo

Tiket badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022 dijual mulai Khamis

Badminton Sukan Terkini

Seri Manjung –  Tiket badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022 akan mula dijual pada Khamis ini bersamaan 26 Mei 2022 bermula jam 2 petang.

Penjualan tiket tersebut diumumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu kenyataan media.

Kejohanan badminton Petronas Terbuka Malaysia ini akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil bermula dari 28 Jun 2022 hingga 3 Julai 2022 bulan hadapan.

Kejohanan badminton berprestij ini akhirnya kembali menemui peminat badminton tempatan setelah dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19.

“Kejohanan tahun ini akan dikenali dengan nama baru iaitu Petronas Terbuka Malaysia 2022.

“Kami berbangga dan gembira kerana mempunyai sokongan dari jenama global iaitu Petronas yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami (BAM),” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

Petronas Terbuka Malaysia 2022 merupakan salah satu daripada lima kejohanan berprestij Super siri badminton Premier di bawah kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan menawarkan wang kemenangan keseluruhan berjumlah USD 675,000 (RM2.9 juta).

Terbuka Malaysia yang terakhir dianjurkan adalah pada tahun 2019 dengan Lin Dan muncul juara perseorangan lelaki. Manakala Tai Tzu Ying memenangi perseorangan wanita.

Peminat dan penyokong boleh mula membeli tiket menerusi laman sesawang www.myticket.asia bermula pada 26 Mei ini pada jam 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500 dengan promosi pembelian terawal tertakluk hanya kepada 2,000 tiket sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *