Mior Rosli Mior Jaafar

Tiga tuntutan disuarakan veteran tentera

Berita Terkini

Kuala Lumpur – Kira-kira 500 veteran tentera hadir dalam satu perhimpunan aman di Tuqu Negara semalam. Perhimpunan tersebut untuk mengemukakan tiga tuntutan utama terhadap pihak kerajaan berkenaan hak mereka sebagai veteran tentera.

Penasihat Undang-Undang Majlis Reunion Bekas Perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, sudah lapan tahun kami berjuang mengikut saluran yang betul untuk mendapatkan tuntutan sebagai pesara tentera. Tetapi tidak mendapat perhatian kerajaan.

“Tuntutan yang kami minta ialah penyelarasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta buka ruang pengampunan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.

“Kita (veteran tentera) sebenarnya telah dianiaya oleh kerajaan-kerajaan yang telah memerintah negara ini, kita faham bahawa banyak perkara yang telah diumumkan seperti bantuan khairat kematian, hospital dan sebagainya.

“Tetapi semua ini tidak menentukan makanan di atas meja tuan-tuan setiap hari.

“Ini masalah kita, kita ada 300 ribu orang veteran. Tetapi 3 suku daripada jumlah tersebut adalah golongan B40.

“Kita telah berjuang untuk mengekalkan kemerdekaan negara ini. Ramai yang telah berkorban dan cacat anggota tubuh badan, tetapi kita menjadi orang miskin di negara ini,” ucap Mior Rosli Mior Jaafar dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, perhimpunan dan tuntutan ini bukanlah bersifat politik, tetapi mengharapkan perhatian daripada kerajaan dan Kementerian Pertahanan untuk tidak menafikan hak veteran tentera.

Foto | airtimes.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *