Tidak sertai Sukan Komanwel, fokus kejohanan dunia

Seri Manjung – Jaguh badminton negara, Lee Zii jia membuat pengumuman bahawa tidak akan menyertai Sukan Komanwel Birmingham yang berlangsung mulai 28 Julai hingga 8 Ogos depan.

Keputusan Lee Zii Jia itu merupakan satu  di luar jangkaan kerana dia merupakan prospek emas negara bagi acara badminton perseorangan.

Lee Zii Jia berkata, antara impiannya adalah untuk mewakili Malaysia ke Sukan Komanwel, tetapi keputusan untuk tidak menyertai temasya sukan tersebut terpaksa dibuat atas beberapa faktor.

“Keputusan ini susah diambil.. sebab keadaan saya. Saya ambil bahagian dalam banyak kejohanan dalam tempoh singkat, saya rasa saya tidak cukup rehat dan terpaksa memilih antara Sukan Komanwel atau Kejohanan Dunia.

“Saya sudah bermain beberapa kejohanan secara berturut-turut.

“Dengan keadaan fizikal yang tidak cukup rehat, saya terpaksa pilih antara Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia.

“Saya telah berbincang dengan pasukan saya dan telah membuat keputusan untuk fokus kepada Kejohanan Dunia,” kata Lee Zii Jia dalam satu rakaman video.

Kejohanan Badminton Dunia akan berlangsung di Tokyo, Jepun bermula dari 22 hingga 28 Ogos ini.

Walau bagaimanapun, Lee Zii Jia akan cuba memberikan aksi terbaiknya pada dua kejohanan badminton di Malaysia iaitu Terbuka Malaysia(28 Jun-3 Julai) dan diikuti Masters Malaysia (5-10 Julai).

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *