TM piala Malaysia 2022

Tiada kumpulan, timbal balik

Bola Sepak Sukan Terkini

Seri Manjung – Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa TM Piala Malaysia 2022 tidak akan ada aksi peringkat kumpulan, sebaliknya kesemua pasukan yang bertanding akan bermula di pusingan 16 pasukan dan akan dimainkan secara timbal balik.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh MFL petang tadi.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa dan ramalan cuaca yang agak membimbangkan menjelang akhir tahun yang tidak akan memberi MFL sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.

Justeru, ketiadaan perlawanan di peringkat kumpulan dapat memberikan ruang dan masa kepada kelab-kelab dan juga MFL yang sekali gus mengimbangi kualiti salah satu kejohanan paling tertua di Asia itu serta dan memastikan pencegahan kecederaan pemain.

MFL telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia pada 29 September 2022 yang lalu dan telah dimaklumkan bahawa akan berlaku hujan lebat pada bulan Oktober sehingga Disember 2022 tahun ini.

Kerajaan juga telah mengeluarkan peringatan bahawa akan berlaku fenomena air pasang besar yang akan menyebabkan berlakunya banjir hampir di seluruh negeri di Malaysia pada bulan-bulan akan datang.

Jadual Liga Malaysia pada musim 2022 terlalu padat akibat penundaan beberapa perlawanan yang tidak dapat dielakkan pada awal musim yang disebabkan oleh penularan Covid-19 dalam beberapa pasukan termasuk, beberapa kejohanan penting yang melibatkan pasukan Harimau Malaya.

Format Piala Malaysia 2022 akan bermula pada pusingan 16 pasukan dan dimainkan secara timbal balik sekali gus tiada perlawanan peringkat kumpulan pada tahun ini.

Aksi final akan berlangsung di venue neutal pada 26 November 2022 bulan hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *