Manchester – Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah mengumumkan pelantikan bos Ajax, Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu bermula musim 22/23 depan.
Pengendali berusia 52 tahun yang berasal daripada Belanda itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan lanjutan 12 bulan yang akan menggantikan pengurus sementara, Ralf Rangnick yang akan menjawat jawatan sebagai penasihat pada musim hadapan.
Erik Ten Hag memberitahu laman web rasmi Machester United, “Ia adalah satu penghormatan besar apabila dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya sangat teruja dengan cabaran yang mendatang.
“Saya tahu mengenai sejarah kelab dan semangat peminat dan saya berazam untuk membina pasukan yang mampu memberikan saingan dan kejayaan yang sepatutnya.
“Sukar untuk saya meninggalkan Ajax selepas melalui tahun yang luar biasa ini. Saya memberikan jaminan kepada peminat (Ajax) tentang komitmen saya musim untuk memberikan kejayaan kepada kelab sebelum saya berpindah ke Manchester United,” jelas Ten Hag.
Ketua Eksekutif Ajax yang juga lagenda Manchester United Edwin van der Sar berkata, “Kami ingin mengekalkan Erik ten Hag lebih lama. Walaubagaimanapun, dia akan mengorak langkah ke salah satu kelab terbesar di dunia.”
Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough berkata, “Sepanjang empat tahun di Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih yang paling menonjol dan berjaya di Eropah, terkenal dengan corak menyerang dan komitmen kepada pemain remaja.”
Erik Ten Hag akan menjadi pengurus kelima United sejak Sir Alex Ferguson bersara pada tahun 2013. Kelab itu hanya memenangi tiga trofi dalam tempoh sembilan tahun berikutnya – Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa – kini Manchester United berada dalam situasi mungkin terlepas kelayakan untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.
Foto | Fabrizio Romano
3 hingga 4 tahun nk kembalikan MU