Jupiter

Teleskop James Webb siar imej terbaru Musytari 

Teknologi Terkini

Washington – NASA telah menyiarkan imej terbaru planet terbesar dalam sistem suria iaitu Musytari yang sungguh luar biasa dan tidak pernah dirakam sebelum ini. Imej tersebut menunjukkan kejadian ribut gergasi, angin kencang, aurora, keadaan suhu dan tekanan yang melampau. 

Ahli Astronomi Universiti California yang juga Ketua Pemerhati Musytari, Imke de Pater berkata, “Sejujurnya, kami tidak pernah melihat ia (Musytari) seperti ini. 

“Ianya sungguh luar biasa. 

Imej Musytari yang dirakam Teleskop Webb bersama lingkarannya, dua bulan kecil (Amalthea dan Adrastea) dan berlatar belakangkan beberapa tompok kabur di bawah yang berkemungkinan galaksi.

“Kita dapat melihat dengan jelas Musytari bersama lingkarannya, satelit kecil (bulan Musytari) dan juga galaksi dalam satu imej,” jelasnya. 

Imej-imej itu merupakan hasil rakaman dari Near-Infrared Camera (NIRCam) Teleskop James Webb yang mempunyai tiga penapis inframerah khusus yang menunjukkan butiran planet ini. 

Memandangkan cahaya inframerah tidak dapat dilihat oleh mata manusia, cahaya tersebut telah diubah kepada spektrum yang boleh dilihat. 

Menurut NASA, imej Musytari ini merupakan gabungan beberapa imej daripada Teleskop James Webb itu sendiri. 

Saintis Pemerhati Sistem Suria, Heidi Hammel turut menjelaskan bahawa, Musytari mempunyai aurora di kutub utara dan selatannya. 

Aurora yang panjang dan beraltitud tinggi di kutub utara dan selatan Musytari

“Di dalam imej tersebut, kita boleh melihat aurora yang panjang dan beraltitud tinggi di kutub utara dan selatan Musytari. 

“Aurora tersebut disebabkan oleh cahaya matahari yang dipantulkan. 

“Kawasan yang cerah yang berjalur putih di dalam imej tersebut menunjukkan kawasan berawan dan beraltitud tinggi. Jadi Bintik Merah Raksasa (Great Red Spot) mempunyai altitud yang sangat tinggi. Begitu juga di kawasan khatulistiwanya. 

“Sebaliknya, kawasan gelap di utara khatulistiwa mempunyai sedikit litupan awan,” tambah Heidi Hammel.

Foto | NASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *