Sultan Nazrin belum perkenan bubar DUN

Ipoh – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Permohonan pembubaran DUN tersebut dipersembahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad kepada Baginda Sultan Perak petang tadi, Rabu.

“Pada sesi menghadap itu, saya telah menyembah warkah permohonan pembubaran DUN Ke-14, untuk pertimbangan tuanku selaras dengan Fasal 2, Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

“Sultan Nazrin bertitah bahawa, Baginda mengambil maklum mengenai permohonan yang dikemukakan dan akan membuat pertimbangan sewajarnya”, kata Saarani.

Pentadbiran kerajaan negeri Perak akan berfungsi seperti biasa, sehingga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah membuat pertimbangan. Ini kerana, kuasa untuk membubarkan DUN adalah di bawah kuasa Baginda.

Saarani menghadap Baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini bagi menyembah warkah permohonan pembubaran DUN Perak untuk dipertimbangkan oleh Baginda.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *