perak fc new line up

Skuad ‘baharu’ Perak FC langkah kanan

Bola Sepak Sukan Terkini

Seri Manjung – Perak FC yang pertama kali membariskan skuad ‘baharu’ mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan United dalam perlawanan Liga Premier yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Ia merupakan kemenangan penting bagi Perak FC untuk memulakan misi kekal dalam Liga Premier selain ingin mencari slot untuk ke Piala Malaysia musim ini.

Perak FC yang sebelum ini dikenakan sekatan perpindahan oleh FIFA telah menandatangani tiga pemain import dengan ketiga-tiganya dibawa ke Kuala Terengganu malam tadi.

Dua dari pemain import terbaru Perak FC, Sunday Afolabi dan Luciano Guaycochea membarisi kesebelasan utama sementara Stipe Plazibat berada di bangku simpanan.

Dalam pada masa yang sama, Perak FC turut mendaftarkan 11 pemain tempatan yang diketuai penyerang lagenda, Indra Putra Mahayuddin yang pernah menyarung jersi kuning Perak FC pada tahun 1999-2003.

Perlawanan Liga Premier bagi minggu ke-10 malam tadi turut menjadi bualan bagi penyokong Perak FC. Manakan tidaknya, mereka berasa sangat gembira dengan persembahan pemain import terbaru iaitu Sunday Afolabi.

Sunday Afolabi

Inilah komen-komen dari penyokong Perak FC mengenai Sunday Afolabi:

Dalam perlawanan malam tadi juga menyaksikan, Luciano Guaycochea tidak menunggu lama untuk membuka akaun gol bersama Perak FC. Luciano Guaycochea menjaringkan gol kemenangan Perak FC pada minit ke-85 setelah mendapat hantaran jauh dari Farid Nezal.

Luciano Guaycochea menjaringkan gol tunggal perlawanan malam tadi.

Dengan kemenangan ke atas Kelantan United malam tadi, Perak FC telah ‘reset’ semula mata menjadi ‘0’. Perak FC sebelum ini dikenakan potongan 9 mata oleh First Instance Body (FIB) kerana kegagalan melunaskan baki tunggakan gaji mengikut tarikh yang ditetapkan.

Sejak diambil alih oleh XOX Berhad (XOX) pada 30 April 2022 lalu, Perak FC telah menyelesaikan tunggakan berkaitan gaji pemain dan kakitangan Perak FC.

Perak FC dijadualkan bertemu PDRM pada perlawanan ke-11 Liga Premier pada 3 Julai ini di Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Bandar Tun Razak pada jam 9 malam.

Foto | Perak Football Club

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *