‘Sesuatu yang pelik’ sedang berlaku dengan alam semesta kita – Nasa
Washington – Data dari Teleskop Angkasa Hubble telah mencapai satu pencapaian baharu dalam penerokaannya di angkasa lepas dengan mengetahui seberapa pantas alam semesta berkembang. Ia adalah sesuatu yang pelik sedang berlaku di alam semesta kita, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).
Nasa berkata, “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ahli astronomi menggunakan Teleskop Hubble untuk meneroka dan memahami dengan tepat mengenai kepantasan alam semesta ini berkembang.
“Tetapi apabila langkah-langkah (data) yang diambil oleh ahli astronomi itu menjadi semakin tepat, alam semesta kita ini makin menunjukkan sesuatu yang pelik.
“Terdapat perbezaan utama antara kadar pengembangan alam semesta seperti di sekeliling kita, jika dibandingkan dengan pemerhatian sejusus selepas letusan besar (Big Bang)”, kata NASA lagi.
Para saintis tidak dapat menjelaskan dengan tepat mengenai percanggahan (pengembangan alam semesta) itu.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, NASA berkata, “Memandangkan terdapat sesuatu yang pelik berlaku di alam semesta ini, ianya mungkin hasil daripada bentuk fizik baru yang kita tidak ketahui”.
Idea mengenai kajian dan pencarian mengenai ukuran tepat tentang kelajuan ruang angkasa lepas berkembang datangnya dari seorang ahli astronomi Amerika, Edwin Hubble.
Edwin mengatakan bahawa, galaksi di luar kelihatan semakin menjauhi daripada kita. Para saintis sedang mengkaji dan memahami tentang pengembangan alam semesta semenjak dari itu lagi.
Foto | NASA