mb perak

Sampah tidak dikutip, MB panggil pihak konsesi

Setempat Terkini

Ipoh – Syarikat konsesi kutipan sampah, Maju Perak Utilities Management Sdn. Bhd. akan dipanggil oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung aduan orang ramai mengenai lambakan sampah yang tidak dikutip.

Lambakan sampah yang tidak dikutip itu disebabkan oleh syarikat konsesi mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Di negeri Perak, Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. telah menandatangi perjanjian dengan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguruskan pungutan sampah.

“Saya akan memanggil Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. agar segera menyelesaikan masalah lambakan sampah yang tidak dikutip ini.

“Mereka (syarikat konsesi) akan tamat kontrak pada bulan November ini, jika mereka tidak menunjukkan prestasi yang memberansangkan, kita akan tamatkan perkhidmatan mereka,” kata Saarani.

Beliau berkata demikian selepas orang ramai merungut di media sosial mengenai masalah sampah yang tidak dikutip dalam tempoh waktu yang lama di kawasan kediaman penduduk di sekitar Ipoh dan Taiping.

Foto | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *