Sabtu sah raya!

Seri Manjung – Umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 22 April 2023 iaitu pada hari Sabtu. 

Pengumuman pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri itu telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi. 

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu bersamaan 22 April 2023,” katanya menerusi siaran langsung di saluran televisyen tempatan. 

Penetapan tarikh itu dibuat selepas cerapan anak bulan telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *