Ronaldo akhiri kemarau gol

Manchester – Setelah mengharungi 588 minit perlawanan dan 47 hari tanpa gol, Cristiano Ronaldo akhirnya dapat tidur lena setelah menjaringkan gol ketika membantu Manchester United menewaskan Brighton 2-0. Ini membolehkan Manchester United kembali berada di kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mencerahkan peluang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Cristiano Ronaldo

Pemain lagenda berusia 37 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-51 dan gol ke-15 bagi dirinya untuk musim sejak berpindah dari kelab Turin, Juventus pada awal musim lalu. Ronaldo dan Bruno Fernandes bagaimanapun boleh menggandakan gol dengan tandukan dan rembatan masing-masing, tetapi diselamatkan oleh penjaga gol Brighton, Robert Sanchez yang begitu kebal di hadapan pintu golnya.

Jadon Sancho

Perlawanan tersebut turut diwarnai dengan insiden kad merah setelah ketua pasukan Brighton, Lewis Dunk – pemain yang paling banyak menerima kad merah di Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2017 – menjatuhkan pemain sayap Manchester United, Anthony Elanga di hadapan kotak penalti. Bagaimanapun Manchester United gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menambah gol setelah Lewis Dunk dilayangkan kad merah.

Bruno Fernades

Bruno Fernandes akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua Manchester United setelah masuk minit ke-7 waktu kecederaan separuh masa kedua. Pemain gantian, Paul Pogba pantas melorongkan bola kepada pemain Portugal tersebut yang membuat larian terus dan menewaskan penjaga gol Brighton, Robert Sanchez sekaligus melegakan pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick yang begitu menginginkan kemenangan untuk pasukannya.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.