Kuala Lumpur – Tan Sri Razarudin Husain telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu bagi tempoh dua tahun secara kontrak selepas bersara yang akan berkuatkuasa mulai Jummat ini bersamaan 23 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2025.
Pelantikan jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu telah dilaksanakan berikutan keputusan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani untuk bersara awal.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa pada Jumaat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pelantikan kedua-dua jawatan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini,” tambahnya.
Foto: FB Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) & FB Jabatan Siasatan Jenayah – JSJ PDRM