Program kitar semula MDPT
Seri Iskandar – Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) akan mengadakan Program Kitar Semula pada esok Jumaat, 15 April 2022 bermula jam 9 pagi yang bertempat di perkarangan Kompleks MDPT, Bandar Seri Iskandar.
Antara jenis bahan dan barang yang boleh dibawa untuk dikitar semula adalah surat khabar, kertas hitam putih, kotak, majalah atau kertas campur, bungkusan tetrapak, tin atau besi, tin aluminium dan plastik.
Kesemua bahan dan barang yang boleh dikitar semula ini akan dibeli bermula pada harga RM0.20/kg sehingga RM2.20/kg dan harga belian ini tertakluk kepada harga semasa.

Pada tarikh dan waktu yang sama juga, pihak MDPT turut mengadakan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai.
Pihak MDPT akan membeli minyak masak yang terpakai pada harga RM2/kg.
Penduduk yang berada di sekitar daerah Perak Tengah boleh membawa minyak masak yang terpakai dan bahan atau barang yang boleh dikitar semula ke perkarangan Kompleks MDPT pada esok.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian 05-371 2088 atau 05-371 2014 untuk maklumat lanjut atau terus ke laman media sosial rasmi MDPT di Facebook dan Instagram.