Seri Manjung – Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk ‘trending’ awal pagi tadi dengan hanya membuat pengumuman mahu membeli Manchester United yang dikongsikannya melalui laman Twitternya.
Tetapi kenyataan tersebut adalah satu ‘prank’ yang sengaja dibuat oleh Elon Musk.
“Tidak, ini sebenarnya adalah lawak jenaka di Twitter. Saya tidak akan membeli mana-mana kelab sukan,” balas Elon Musk di Twitter.

Umum mengetahui bahawa Manchester United adalah milik keluarga Glazer dari Amerika Syarikat. Peminat-peminat Manchester United seluruh dunia lantang mengkritik keluarga Glazer kerana mereka kurang melabur untuk kelab tersebut mahupun di luar atau di dalam padang.
Ia juga mempengaruhi persembahan pemain di saingan liga domestik dan Eropah serta menghancurkan strategi perpindahan Manchester United.
Sejak beberapa minggu lalu, peminat tegar Manchester United yang berasal dari Manchester juga telah membuat kempen untuk tidak melanggan sebarang produk berkaitan kelab tersebut.
Peminat-peminat juga melancarkan kempen #emptyoldtrafford bersempena perlawanan menentang Liverpool pada 22 Ogos ini.
Elon Musk kemudian menjelaskan bahawa beliau merupakan peminat Manchester United sejak kecil dan pasti akan membeli kelab tersebut jika mempunyai peluang.
“Jika terdapat mana-mana pasukan dan ianya Manchester United. Ia adalah kelab kegemaran saya sejak kecil,” katanya melalui ciapan balas di Twitternya.
Foto: Elon Musk