Wisma Putra

Pihak berkuasa Mesir bebaskan mahasiswa Malaysia

Berita Terkini

Seri Manjung – Seorang mahasiswa Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir pada 18 September 2022 yang lalu telah dibebaskan pada petang, 24 September 2022 (waktu Mesir).

Kenyataan tersebut dikeluarkan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam tadi.

“Mahasiswa tersebut berada dalam keadaan baik dan akan meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.

“Kementerian Luar Negeri telah bekerjasama secara rapat dengan Kementerian Luar Republik Arab Mesir melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah serta Kedutaan Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur bagi memastikan kebajikan mahasiswa itu sentiasa terpelihara.

“Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama erat dalam perkara ini,” kata Saifuddin Abdullah.

Dalam masa yang sama, Kementerian Luar Negeri sentiasa prihatin akan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.

Saifuddin Abdullah turut menasihatkan rakyat Malaysia sentiasa peka dan mematuhi undang-undang negara tuan rumah di mana anda berada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *