PICKids: 46.4% kanak-kanak sudah terima 1 dos vaksin

Seri Manjung – Sebanyak 1,646,257 bersamaan 46.4% kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids).

Manakala jumlah kanak-kanak dalam kategori umur yang sama yang telah lengkap menerima dua (2) dos vaksin adalah berjumlah 1,063,569 atau bersamaan 30%.

Jumlah harian bagi dos suntikan vaksin yang diberikan pula berjumlah 1,981 (dos 1) dan 4,260 (dos 2) dengan jumlah keseluruhan 6,241 dos.

Jumlah keseluruhan dos (dos 1 dan dos 2) yang sudah diberikan kepada golongan kanak-kanak (5-11 tahun) adalah 2,709,826 dos.

Kategori remaja pula merekodkan 2,905,317 (93.4%) telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin. Manakala 3,002,852 bersamaan 96.5% telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin COVID-19.

Bagi kategori populasi dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, jumlah individu yang telah menerima 2 dos vaksin adalah sebanyak 22,971,246 (97.6%). Manakala 23,247,211 (98.8%) individu telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos suntikan vaksin COVID-19.

Jumlah individu dewasa yang telah menerima dos penggalak pula adalah berjumlah 16,066,394 orang bersamaan 68.3% dengan jumlah dos penggalak diberikan berjumlah 1,749 dos sehari.

Data-data tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman web COVIDNow yang telah dikemaskini pada 17 Mei 2022 jam 5.14 pagi hari ini.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *