Piala AFF – Hanya satu gol ke Bangkok

Bukit Jalil – Malaysia hanya mampu membawa satu gol ke Thailand apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Gol tunggal pasukan kebangsaan dijaringkan oleh pemain sayap, Faisal Abdul Halim pada minit ke-11.

Faisal yang menyambut hari jadinya yang ke-24 hari ini (Sabtu), menjaringkan gol setelah menerima hantaran dari pertahanan kiri, V. Ruventhiran.

Faisal Halim meraikan jaringannya pada minit ke-11. Foto | FAM

Gol tersebut telah mengubah momentum perlawanan dengan Thailand lebih banyak mendominasi penguasaan bola.

Penjaga gol, Syihan Hazmi dan pemain tengah, Brendan Gan merupakan dua individu penting yang berjaya menghalang dan mematahkan beberapa percubaan berbahaya skuad Gajah Perang.

Skuad Gajah Perang mempunyai peluang untuk membawa bekalan gol di tempat lawan pada minit ke-23 apabila pemain tengahnya, Bordin Phala hanya mampu melihat percubaannya tersasar dari pintu gol Syihan Hazmi.

Skuad Harimau Malaya berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan dan membawa bekalan satu gol ke Bangkok dan dijangka sukar untuk mempertahankan kelebihan gol tersebut.

Separuh akhir kedua dijadualkan pada Selasa, 10 Januari 2023 di Stadium Thammasat, Bangkok.

Foto | FAM

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *