sergio_perez_jeddah

Petak utama milik Perez

Fomula 1 Sukan

Jeddah – Pelumba Red Bull, Sergio Perez merampas petak pertama pada saat-saat terakhir daripada Charles Leclerc dalam sesi kelayakan Grand Prix Arab Saudi malam tadi.

Dua pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz berada di petak kedua dan ketiga. Manakala rakan sepasukan Perez yang juga juara dunia 2021, Max Verstappen berada di petak keempat.

Sesi kelayakan itu turut menjadi saksi kegagalan juara dunia 7 kali, Lewis Hamilton yang gagal melepasi sesi kelayakan pertama (Q1) . Ini adalah kali pertama pemandu Mercedes itu gagal melepasi Q1 sejak tahun 2017. Hamilton hanya mampu berkata “maaf” kepada krew Mercedes selepas sesi kelayakan tersebut dan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-16.

Sesi kelayakan Q1 terhenti beberapa minit setelah pemandu Williams, Nicholas Latifi hilang kawalan pada bahagian belakang keretanya pada kelajuan 260 kmh dan melanggar penghalang keselamatan pada selekoh ke-13 Litar Jeddah.

Sementara itu, Mick Schumacher, 23, turut mengalami nasib yang sama. Kereta yang dipandunya pada sesi kelayakan ke-2 (Q2) hilang kawalan dan melanggar tembok litar dan disahkan tidak akan berlumba pada hari ini.

Berikut adalah keputusan sesi kelayakan Formula 1, Grand Prix Arab Saudi.

Foto | Formula 1