XOX + Perak FC

Perak FC milik XOX

Bola Sepak Sukan Terkini

Seri Manjung – Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia, XOX Berhad (XOX) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Impact Media and Communication Sdn. Bhd. (IMC) dalam pengambilalihan Perak FC yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam.

Perkara itu disahkan oleh Unit Pelesenan Kelab MFL di mana XOX telah berjaya menyediakan semua dokumen seperti yang diminta oleh MFL pada hari ini (semalam) yang juga merupakan tarikh akhir iaitu pada 29 April 2022.

Pada 21 April 2022 yang lalu, badan bebas ‘First Instance Body’ (FIB) telah membuat keputusan untuk meluluskan permohonan Perak FC untuk lanjutan masa bagi memberi ruang pihak pengurusan menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.

Sejak beberapa bulan ini, pelbagai desakan dari peminat dan penyokong kelab muncul di sosial-sosial media, surat khabar, televisyen mahupun di stadium (sewaktu perlawanan) agar IMC segera melepaskan Perak FC.

IMC tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya ke atas kelab dan pemain.

Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa pemain Perak FC tidak menerima gaji untuk beberapa bulan selain dari hutang berjumlah RM1.7 yang belum diselesaikan oleh IMC.

Perak FC turut dipotong mata kesan daripada pihak IMC gagal melunaskan tunggakan gaji tersebut.

XOX Berhad dijangka akan menyelesaikan masalah gaji tertunggak Perak FC dalam masa terdekat selepas Aidilfitri ini.

Pada masa yang sama, XOX turut menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada semua pemain dan staf Perak FC sebagai bantuan untuk menyambut Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *