Ipoh – Perak FC bakal dijual dan akan bertukar tangan dalam beberapa minggu akan datang. Begitulah yang dikhabarkan oleh Pengerusi Eksekutif Perak FC, Khairul Nizam Mahmood kepada peminat Perak FC dalam satu kenyataan akhbar yang dikongsi di Facebook rasmi kelab (Perak Football Club).
Kenyataan tersebut membuatkan peminat dan penyokong kelab Perak FC memenuhkan ruangan komen Facebook kelab dengan menyindir dan memaki hamun pengurusan Impact Media and Communication (IMC) yang mengambil alih Perak FC pada Disember 2021.
Khairul Nizam Mahmood diberitakan sudah mengadakan pertemuan dengan peminat dan memberitahu bahawa pihaknya sedang merancang untuk menjual Perak FC dikala kemelut sedang memuncak kini.
IMC akan melepaskan semua tugas eksekutifnya setelah selesai proses pengambilalihan.
