Pemandangan menakjubkan dirakam Teleskop James Webb

Washington – Beberapa hari lepas Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan gambar-gambar pemandangan alam semesta yang dirakamkan menerusi Teleskop James Webb.

Gugusan-gugusan galaksi SMACS 0723.

Teleskop James Webb merupakan teleskop terbaru yang dihasilkan menerusi kerjasama NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Angkasa Lepas Kanada (CSA).

Carina Nebula.

Teleskop yang dianggarkan bernilai RM44.44 bilion (AS$10 bilion) itu dilancarkan pada hujung tahun lepas bagi menggantikan Teleskop Hubble yang sudah mencapai usia ‘veteran’.

“Kami mempersembahkan kepada manusia dengan pemandangan baharu alam semesta daripada Teleskop James Webb dengan pemandangan yang tidak pernah dilihat dunia sebelum ini.

Perbezaan Southern Ring Nebula yang dilihat menggunakan cahaya infra merah gelombang pendek (kiri) dan cahaya infra merah gelombang sederhana (kanan).

“Imej-imej ini, termasuk pandangan inframerah terdalam di alam semesta kita yang pernah diambil, menunjukkan kepada kita bagaimana Teleskop James Webb akan membantu untuk mendedahkan jawapan kepada soalan yang kita belum tahu untuk bertanya; soalan yang akan membantu kita lebih memahami alam semesta kita dimana ada manusia di dalamnya.

Stephan’s Quintet (lima galaksi dalam Buruj Pegasus).

“Kejayaan luar biasa pasukan Webb (Nasa, ESA dan CSA) adalah cerminan apa yang dilakukan oleh NASA dengan baik. Kami memasang impian dan mengubahnya menjadi kenyataan untuk manfaat manusia. Saya tidak sabar untuk melihat penemuan yang kami temui!,” kata Pentadbir NASA, Bill Nelson seperti dilaporkan portal NASA.

Komposisi eksoplanet (planet luar sistem suria) WASP-96 b.

“Imej-imej dari Teleskop James Webb ini sungguh menakjubkan. Setiap imej yang kami perolehi dengan Webb adalah asli.

“Kami ‘tidak boleh’ mengambil (imej) langit kosong. Galaksi berada di mana-mana jika kami melihat ke angkasa,” kata Saintis Projek Operasi untuk Teleskop Angkasa James Webb (JWST), Jane Rigby.

Penyelidik-penyelidik juga telah bersetuju untuk mesasarkan lima kawasan angkasa iaitu, eksoplanet (planet luar sistem suria) WASP-96 b, Southern Ring Nebula, Carina Nebula, Stephan’s Quintet (lima galaksi dalam Buruj Pegasus) dan gugusan galaksi SMACS 0723.

Teleskop James Webb ini dibina untuk melihat subjek di angkasa dalam spektrum inframerah dan teleskop itu adalah 100 kali lebih sensitif daripada Teleskop Angkasa Hubble.

Teleskop James Webb mempunyai 18 segmen heksagon logam berilium bersalut emas. Ia membolehkannya meninjau objek di angkasa pada jarak yang lebih jauh dan jauh ke belakang.

Teleskop James Webb mempunyai 18 segmen heksagon logam berilium bersalut emas yang berfungsi sebagai pengumpul cahaya dan membolehkannya meninjau objek di angkasa pada jarak yang lebih jauh dan jauh ke belakang.

Foto | NASA

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *