radzi jidin

Pelitup muka wajib di ruangan tertutup sekolah – Radzi Jidin

Berita Terkini

Seri Manjung – “Pelitup muka wajib dipakai ketika berada di ruangan tertutup dalam premis sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 1 Mei 2022 ini,” itulah perkara yang ditegaskan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr. Mohd Radzi Jidin dalam satu sidang media khas petang tadi.

Ruangan tertutup yang dimaksudkan adalah seperti bilik darjah (kelas), pusat sumber (atau perpustakaan) atau mana-mana tempat di dalam institusi yang merupakan tempat tertutup.

Namun begitu, terdapat beberapa kelonggaran kepada pemakaian pelitup muka sekiranya bersendirian, guru-guru yang sedang mengajar, semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani.

Pelitup muka wajib dipakai ketika berada di ruangan tertutup dalam premis sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr. Mohd Radzi Jidin

Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah, individu berkeperluan khas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan (perlu mengemukakan laporan perubatan).

“Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemakaian pelitup muka adalah digalakkan ketika berada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolah atau sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan,” jelas Radzi Jidin.

Foto | Facebook Dr. Radzi Jidin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *