Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara bermula semalam (22 November 2022) sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap kehadiran atau omnipresence anggota polis.
Selain itu, SJR yang dilaksanakan ini akan dijalankan secara 24 jam sehari dan bertujuan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman orang awam.
“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan waktu siang.
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” kata Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau turut menyatakan bahawa, masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.
Foto | PDRM