PDRM-Jangan ancam keselamatan & ketenteraman awam!

Seri Manjung – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna-pengguna sosial media agar tidak menyalahgunakan platform (media sosial) tersebut.

Peringatan tersebut dibuat setelah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pengguna-pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab telah memuatnaik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja.

“PDRM memberi amaran dan penegasan kepada pengguna-pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platfrom tersebut untuk menyebarkan kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam,” tegas Acryl Sani dalam kenyataan media tersebut.

TIndakan tegas akan diambil di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, akta hasutan serta kanun keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *