
Manjung – Op Selamat 17 sempena Tahun Baru Cina 2022 yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Manjung bermula pada (28/01/2022) sehingga semalam (3/2/2022) telah mencatatkan sebanyak 488 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya.
mencatatkan sebanyak 488 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya
Antara kesalahan tertinggi yang dikeluarkan adalah memandu melebihi had laju, lesen tamat tempoh dan tiada cukai jalan.
Op Selamat akan dilaksanakan sehingga 6/2/2022 di seluruh negara dengan mengekalkan tema “Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi”.