Ng Tze Yong ke perlawanan akhir
Seri Manjung – Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong berjaya mencipta sensasi sekali lagi apabila mara ke perlawanan akhir acara individu badminton di Sukan Komanwel malam tadi.
Bertemu jaguh India, Srikanth Kidambi di separuh akhir, Ng Tze Yong tidak berdepan banyak masalah untuk menundukkan pemain India tersebut walaupun permainan diheret hingga set penentuan.
Ng Tze Yong berjaya mengatasi kelebihan pengalaman yang ada pada Srikanth Kidambi dengan corak permainan yang hampir sempurna.
Ng Tze Yong bermula dengan perlahan apabila tewas set pertama 13-21, sebelum menyamakan kedudukan pada set kedua dengan kemenangan 21-19.
Pada set penentuan, Ng Tze Yong dilihat banyak menguasai permainan dengan memaksa Srikanth Kidambi ‘berlari’ di segenap gelanggang dan memaksa permain tersebut bermain di jaring.
Ng Tze Yong menang 21-10 pada perlawanan penentuan tersebut. Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Srikanth Kidambi di tangan Ng Tze Yong dalam Sukan Komanwel ini.
Seorang lagi pemain India, Lakshya Sen akan menanti Ng Tze Yong pada perlawanan akhir hari ini selepas menewaskan perseorangan Singapura, Teh Jia Heng dengan keputusan 21-10, 18-21, 21-16.
Perlawanan dijadual akan bermula pada jam 4.40 petang hari ini waktu Malaysia.
Jika Ng Tze Yong menang, ini bermakna kita dapat mempertahankan emas bagi acara perseorangan lelaki yang dimenangi oleh lagenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Foto | BAM