mo farrah

“Nama saya Hussein Abdi Kahin” – Mo Farrah

Sukan Terkini

London – Pelari jarak jauh yang juga bekas pemenang olimpik, dunia dan Eropah dari Britain, Mo Farrah mendedahkan bahawa dia adalah mangsa pemerdagangan kanak-kanak yang diseludup dari Somalia ke Britain.

Dalam satu sesi temu ramah dengan sebuah stesen penyiaran di United Kingdom (UK), Mo Farrah turut menyatakan bahawa nama “Mohamed Farah” tersebut diberikan oleh seorang wanita yang membawanya ke UK dari Djibouti ketika usianya sembilan tahun.

“Kebanyakan orang kenal saya dengan Mo Farrah. Ia bukanlah nama saya dan ia bukanlah realiti.

“Cerita yang sebenarnya adalah, saya dilahirkan di Somaliland, utara Somalia.

“Nama saya Hussein Abdi Kahin” – Mo Farrah

“Nama saya Hussein Abdi Kahin,” begitulah yang dikatakan oleh Mo Farrah.

Mo Farrah memulakan kehidupan di sebuah ladang di Somalia bersama ibu bapa kandungnya, Abdi dan Aisha bersama adik-beradik dan termasuk kembarnya, Hassan.

Keluarganya berpecah belah setelah bapanya, Abdi meninggal dunia dalam perang saudara di Somalia ketika usianya berumur empat tahun.

Dia berpisah dengan ibunya pada usia lapan atau sembilan tahun dan dibawa ke Djibouti sebelum diterbangkan secara haram ke UK oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.

“Walaupun apa yang saya katakan pada masa lalu, ibu bapa saya tidak pernah tinggal di UK,” jelas Mo Farrah.

Anak-anak menjadi sebab utama baginya untuk menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

“Keluarga adalah segala-galanya bagi saya. Dan sebagai ibu bapa, anda sentiasa mengajar anak-anak anda untuk bersikap jujur.

“Itulah sebab utama saya menceritakan kisah saya, kerana saya mahu rasa seperti orang normal dan tidak terikat dengan sesuatu,” katanya lagi.

Foto | Mo Farah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *