motogp

MotoGP di India pada 2023 

Sukan Terkini

Seri Manjung – India akan membuat penampilan sulung dalam kalendar MotoGP pada 2023 apabila MotoGP bersedia untuk menakluk Litar Antarabangsa Buddh, sebagai Grand Prix Bharat. 

Dengan penggunaan motosikal hampir 75% daripada jumlah kenderaan yang digunakan setiap hari, ia menjadikan India salah satu pasaran motosikal terbesar di dunia dan tumpuan utama bagi pengeluar di MotoGP. 

Perlumbaan di Litar Antarabangsa Buddh, yang terletak di Uttar Pradesh selatan New Delhi itu akan membawa MotoGP ke tengah-tengah pasaran utama ini. 

Ia akan menjadikan MotoGP lebih mudah diakses berbanding sebelumnya kepada kalangan peminat di seluruh rantau ini. 

MotoGP ketika ini terus berkembang di India dan Grand Prix Bharat menunjukkan ianya penting dalam misi sukan itu untuk membuka pintu kepada penonton dan peminat baharu dari setiap pelusuk dunia. 

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta berkata, “Kami amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Litar Antarabangsa Buddh akan berada dalam kalendar 2023. 

“Kami mempunyai ramai peminat di India dan kami teruja kerana dapat membawa sukan ini kepada mereka. 

“Kami tidak sabar menantikan perlumbaan di Litar Antarabangsa Buddh serta menyambut kedatangan peminat yang datang untuk menonton sukan yang hebat ini secara langsung,” katanya. 

“India juga merupakan pasaran utama bagi industri motosikal. 

“Kami sangat berharap dapat berlumba di Litar Antarabangsa Buddh dan tidak sabar untuk mengalu-alukan peminat untuk melihat sukan yang luar biasa ini secara lebih dekat,” tambah Carmelo Ezpeleta. 

Untuk fakta, India ini adalah antara kuasa ekonomi terbesar di dunia dengan lebih dari 1.4 bilion orang penduduk dan mempunyai 200 juta motosikal di atas jalan rayanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *