Measat-3b

Measat-3d dilancar Khamis, 23 Jun, 5 pagi waktu Malaysia

Berita Teknologi Terkini

Seri Manjung – Malaysia bakal melancarkan satelit baharu apabila Measat-3d akan dilancarkan pada esok Khamis, 23 Jun 2022 pada jam 5 pagi waktu Malaysia.

Satelit Measat-3d ini akan meningkatkan liputan internet berkelajuan tinggi di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai sambungan internet sekaligus membolehkan mereka yang berada di kawasan tersebut mendapat kemudahan internet.

Measat-3d ini merupakan satelit jenis Geostationary Equatorial Orbit (GEO) yang menggunakan satelit Airbus Eurostar E3000 dengan dilengkapi pelbagai jenis jalur untuk menyokong keperluan semasa dan masa hadapan.

Selain itu, Measat-3d ini juga mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran data yang tinggi dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

Ia mampu mencapai kelajuan 100Mbps berbanding 30Mbps dari satelit Measat yang ada sekarang. Peningkatan kelajuan ini juga akan membolehkan penstriman kandungan video 4K dan 8K di rantau Asia Pasifik.

Satelit terbaru ini juga menawarkan kapasiti 30Gbps untuk jalur lebar satelit dimana ia adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada 3Gbps yang ditawarkan buat masa ini.

Ini adalah satelit kelapan negara yang akan dilancarkan bertujuan meningkatkan perkhidmatan perhubungan Malaysia dan negara-negara serantau.

Measat-3d bakal dilancarkan di French Guiana, Amerika Selatan pada jam 5.03 pagi bersamaan 23 Jun waktu di Malaysia.

Anda juga boleh menonton pelancaran satelit Measat-3d secara langsung melalui saluran YouTube Arianespace:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *