bazaar

MDPT batalkan notis dilarang berniaga sebelum 3 petang

Setempat

Seri Iskandar – Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) mengeluarkan notis melarang operasi perniagaan premis makanan sebelum 3 petang hanya melibatkan peniaga yang beragama Islam di sepanjang bulan Ramadan.

MDPT telah mengeluarkan notis pembatalan surat tersebut berkuatkuasa pada Khamis lepas kerana timbul salah faham di kalangan masyarakat dan warga net.

Yang Dipertua MDPT, Mohd Syukri Azaari berkata, “Surat seumpama ini dikeluarkan setiap tahun oleh MDPT sempena ketibaan bulan Ramadan dan ia ditujukan kepada pengusaha premis makanan yang beragama Islam dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.”

Beberapa hari lepas telah tular notis larangan tersebut yang turut menyatakan kegagalan mematuhi arahan tersebut adalah menjadi satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Perak Tengah) 2017 dan dikenakan denda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali dan tidak melebihi RM200 bagi setiap hari kesalahan jika dilakukan berterusan.

Katanya lagi, pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghormati sensitiviti masyarakat yang beragama Islam yang sedang menjalani kewajipan berpuasa di bulan Ramadan ini.