Max Verstappen juara GP Emilia Romagna

Imola – Max Verstappen memenangi grand prix keduanya pada musim 2022 dengan kemenangan bergaya di hadapan rakan sepasukannya, Sergio Perez di Grand Prix Emilia Romagna sebentar tadi.

Pemandu Red Bulls itu berjaya mengekang cabaran pemandu Ferrari, Charles Leclerc, yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 setelah terbabas pada pusingan ke-53.

Verstappen meraih jumlah maksimum 26 mata selepas mencatatkan pusingan terpantas dalam perlumbaan tersebut. Verstappen kini mengumpul 59 mata setelah empat perlumbaan dengan 27 mata di belakang pendahulu, Charles Leclerc yang mengumpul 86 mata.

Red Bull telah menaik taraf beberapa komponen kereta di Imola dan ianya terbukti lebih pantas daripada Ferrari sepanjang hujung minggu dan hasil kerja keras mereka di belakang tabir.

Red Bull hanya perlu mengelak daripada sebarang isu ketahanan kereta dalam beberapa perlumbaan akan datang.

Sementara itu, juara dunia 7 kali, Lewis Hamilton, hanya sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Keputusan penuh perlumbaan GP Emilia Romagna;

Foto | Formula 1

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *