Ferrari C2

Masih awal untuk arahan pasukan

Sukan Terkini

Maranello – Setelah tiga perlumbaan berlangsung, Ferrari merupakan pasukan yang harus ditewaskan untuk musim ini. Pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘The Prancing Horse’ itu mendahului bagi kategori pengeluar (104 mata) dan juga pemandu (Charles Leclerc, 71 mata) hasil dari dua kemenangan di GP Bahrain dan GP Australia.

Walaubagaimanapun, rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz gagal menamatkan perlumbaan yang berlangsung di Australia hujung minggu lalu. Leclerc yang mempunyai kelebihan 38 mata di depan Carlos Sainz jelas berada dalam kedudukan terbaik untuk memburu gelaran juara dunia buat pertama kalinya.

Bos pasukan Formula 1 Ferrari, Mattia Binotto menjelaskan bahawa, “Kedua-dua pemandu (Leclerc dan Sainz) sekarang berada dalam situasi yang amat seimbang untuk memenangi setiap perlumbaan yang mereka sertai.

“Mereka boleh mengurangkan beban yang ditanggung oleh pasukan dan boleh diharapkan.

“Ia baru permulaan. Masih berbaki 20 perlumbaan lagi. Jadi soal untuk merebut kejuaraan masih sangat panjang.

Mattia Binotto bersama Charles Leclerc (kiri) dan Carlos Sainz.

“Charles (Leclerc) dan Carlos (Sainz) bebas untuk bersaing. Saya sangat menantikan dan amat menikmati bahawa mereka boleh saing untuk kedudukan yang baik dan tempat pertama, jika ianya boleh,” jelas Mattia Binotto.

Charles (Leclerc) dan Carlos (Sainz) bebas untuk bersaing. Saya sangat menantikan dan amat menikmati bahawa mereka boleh saing untuk kedudukan yang baik dan tempat pertama, jika ianya boleh.

Bos Formula 1 Ferrari, Mattia Binotto

Setelah tiga perlumbaan, F1-75 nampaknya tidak mempunyai kelemahan, ia terbukti pantas dalam semua keadaan dan jenis litar, ditambah dengan ketahanan yang lebih baik daripada pesaing utama Red Bull.

Leclerc sendiri berkata bahawa, memandu F1-75 adalah satu keseronokan dan membolehkan dirinya menonjolkan apa yang dia mampu lakukan.

“Ia adalah kereta yang sangat sempurna.

“Saya rasa sehingga kini ia sesuai dengan pemanduan saya. Saya memahami kereta ini pada awal musim dan saya fikir ia membantu saya buat masa ini.

“Ini merupakan satu kejutan yang sangat baik. Tetapi ya, kita perlu terus buat yang terbaik. Buat masa ini, ia berjalan dengan sangat baik,” tambah Charles Leclerc.

Grand Prix Emilia Romagna yang akan berlangsung di Itali pada hujung minggu ini, Ferrari pastinya akan memberikan yang terbaik untuk kedua-dua pemandunya.

Foto | Scuderia Ferrari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *