Manjung dijangka alami ribut petir

Seri Manjung – Beberapa kawasan di Perak termasuk Manjung dijangka akan mengalami ribut petir sehingga jam 10 pagi ini.

Amaran cuaca buruk tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook.

Beberapa kawasan lain di Perak yang dijangka mengalami cuaca buruk tersebut ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Kawasan-kawasan yang dijangka akan mengalami ribut petir – METMalaysia

Menurut METMalaysia, amaran akan dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *