Manjung bandar bahagia di Malaysia 

Seri Manjung – Bandar Manjung telah diiktiraf antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2022. Pengiktirafan bandar paling bahagia ini telah dibuat melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 

Sembilan bandar-bandar lain yang turut disenaraikan sebagai paling bahagia di Malaysia ialah, Petaling Jaya, Kluang, Gua Musang, Kulai, Krai, Klang, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah. 

Kajian ini dibuat sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun. 

Indeks kebahagian merupakan ukuran umum tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan, kesejahteraan mental dan fizikal. 

Aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagian adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah cepat dan teratur. 

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memberitahu, Datuk M Noor Azman Taib, kajian itu melibatkan 42,000 responden dari 117 pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Kita dapati 92 bandar (79%) mencapai status mampan dengan skor melebihi 80%. 

“Sementara 25 bandar (21%) mencatatkan peratusan sederhana dengan skor antara 50% dan 79%,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2023 di Putrajaya semalam (Isnin). 

Mengulas lanjut, kata M Noor Azman, pengukuran indeks Kkebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets. 

Menurutnya, MURNInets merupakan satu sistem di bawah seliaan PLANMalaysia bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di Malaysia.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *