covid19

Malaysia akan hadapi gelombang Omicron XBB

Berita Kesihatan Komuniti Terkini

Seri Manjung – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai agar berwaspada bagi mengelak jangkitan varian terbaru Covid-19 iaitu Omicron XBB.

Gelombang varian terbaru itu akan menyebabkan negara mencatat peningkatan kes dalam beberapa minggu akan datang.

Menurut data harian yang dikeluarkan KKM, jumlah kes baharu Covid-19 meningkat 16.5%, daripada 14,525 kes kepada 16,917 kes (23 hingga 29 Oktober 2022).

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14.3%.

KKM berpendapat, trend peningkatan itu disebabkan oleh jangkitan varian Omicron XBB di Singapura minggu lalu.

Faktor pergerakan dan sempadan terbuka di antara kedua-dua belah menyebabkan peningkatan jangkitan tersebut.

Penjujukan genom yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati terdapat 4 kes Omicron XBB dikesan di negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Kes tersebut melibatkan rakyat tempatan yang berumur 25 hingga 51 tahun dan gelombang varian Omicron XBB setakat ini masih dalam keadaan terkawal.

KKM juga menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan pemakaian topeng muka di kawasan tertutup dan sesak terutamanya individu berisiko tinggi dan mereka yang mempunyai masalah imunisasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *