Maguire diejek penyokong Manchester United

Melbourne – Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire telah diejek oleh penyokong kelab tersebut setiap kali dia menyentuh bola pada perlawanan pra-musim menentang Crystal Palace di sini sebentar tadi.

Perlawanan pra-musim tersebut menyaksikan Manchester United menewaskan Crystal Palace dengan keputusan 3-1. Tiga jaringan tersebut dihasilkan menerusi Anthony Martial, Marcus Rashford dan Jadon Sancho. Manakala gol saguhati Crystal Palace dijaringkan oleh Joel Ward.

Harry Maguire merupakan salah seorang daripada pemain pertahanan Manchester United yang telah dibolosi 57 gol dalam saingan Liga Perdana musim lalu. Jumlah bolos tersebut melebihi empat gol daripada Burnley yang telah tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris.

Setelah melalui musim 2020/21 dan membantu England dalam kejohanan EURO 2020, prestasi harry Maguire merosot secara mendadak. Ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang penyokong Manchester United terhadap ketua pasukan mereka itu.

Penyokong Manchester United sering membandingkan Harry Maguire dengan pertahanan lagenda kelab tesebut, Nemanja Vidic. Penakut, ‘lembik’, perlahan, selalu membuat kesilapan mudah, mudah berada dalam tekanan dan tidak pandai membaca permainan merupakan kelemahan terbesar yang ada pada Harry Maguire.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Harry Maguire tetap melakukan kesilapan mudah seawal minit permainan apabila hantarannya tidak menepati ke arah rakan sepasukan dan bola keluar dari permainan. Kesilapannya itu membuatkan penyokong Manchester United terus mengejeknya.

Secara amnya, prestasi Harry Maguire pada perlawanan menentang Crystal Palace sebentar tadi bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi dia berupaya untuk mengawal benteng pertahan dan mengikut kehendak Erik ten Hag dengan baik.

Dengan ketibaan pertahanan terbaru dari Ajax, Lisandro Martinez (£55M), ia merupakan satu amaran Erik ten Hag kepada Harry Maguire bahawa tempatnya di dalam kesebelasan utama Manchester United bukan lagi automatik.

“Dia (Harry Maguire) telah membuktikannya pada musim lalu tetapi dia juga perlu membuktikannya pada musim ini dan pada musim-musim akan datang. Saya akan menyokongnya, tetapi dia perlu melakukannya sendiri dan dia mempunyai kualiti untuk melakukannya,” kata Erik ten Hag dalam satu temu ramah menjelang perlawanan menentang Crystal Palace.

Beberapa hari sebelum itu, Erik ten Hag membuat keputusan untuk mengekalkan Harry Maguire sebagai ketua pasukan Manchester United bagi musim 2022/23.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *