Loh Kean Yew, Akane Yamaguchi ‘bungkus’ awal

Bukit Jalil – Hari Pertama badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022 sudah menampakkan beberapa keputusan luar jangka.

Juara dunia, Loh Kean Yew ‘bungkus’ seawal pusingan pertama badminton Petronas Terbuka Malaysia kepada pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Lee Cheuk Yiu yang berada ranking ke-15 dunia itu menewaskan Loh Kean Yew dalam masa 39 minit dengan keputusan ‘straight set’, 21-19, 21-12.

Loh Kean Yew (kanan) dan Lee Cheuk Yiu

Pemain nombor satu dunia yang juga pilihan utama kejohanan, Victor Axelsen tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke pusingan seterusnya setelah menewaskan perseorangan Perancis, Brice Leverdez, 22-20, 21-7 dalam masa 30 minit.

Pemain perseorangan wanita nombor satu dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi turut menerima nasib yang sama seperti Loh Kean Yew apabila tewas di pusingan pertama kepada perseorangan Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung.

Gregoria Mariska Tunjung

Gregoria Mariska Tunjung menewaskan Akane Yamaguchi dengan keputusan 21-14, 21-14 dalam tempoh 26 minit.

Ini merupakan kemenangan kedua Gregoria Mariska Tunjung ke atas Akane Yamaguchi dalam sepuluh pertemuan.

Foto | BAM

Foto | Badminton Talk

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.