Lelaki maut, lori terjunam dalam laut di Lumut 

Lumut – Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut berkedalaman 11 meter di Terminal Maritim Lumut awal pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada pihak pelabuhan pada jam 5.30 pagi. 

“Sebuah lori 10 tan telah terjunam ke dalam laut dan terdapat seorang mangsa iaitu pemandu. 

“Mangsa dikenali sebagai Aqil Rasydan Razmi berusia 20-an dan berjaya dibawa naik pada jam 9.45 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Kren diperlukan untuk membawa naik bangkai lori malang berkenaan ke darat. Foto | Balai Bomba Sitiawan

“Dua unit kren diperlukan untuk membawa naik lori malang berkenaan ke darat,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. 

“Operasi menyelamat mangsa tersebut turut dibantu anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pulau Pangkor. 

Mohd Azizi berkata mangsa dihantar ke hospital Manjung untuk bedah siasat dan operasi tamat sepenuhnya pada 10.13 pagi.

Foto | Balai Bomba Sitiawan

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *