Lee Zii Jia pula ‘bungkus’ awal!

Bukit Jalil – Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia merupakan pemain berprofil tinggi terbaru menjadi mangsa kejutan Petronas Terbuka Malaysia 2022 setelah tewas kepada perseorangan Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito di pusingan kedua petang tadi.

Ini bermakna, Lee Zii Jia mengikut jejak langkah sumbang beberapa nama besar seperti Juara Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew dan Akane Yamaguchi yang tersingkir awal dari kejohanan tersebut.


Apa yang lebih memalukan adalah, kekalahan tersebut terjadi di hadapan ribuan penyokong sendiri yang memenuhi hampir setiap tempat duduk di Axiata Arena Bukit Jalil.

Perlawanan yang berlangsung selama 66 minit itu menyaksikan Lee Zii Jia tewas pada set pertama 19-21 dan dilihat cuba menyelamatkan hari malangnya dengan kemenangan set kedua dengan keputusan 21-19.

Pada set penentuan, Lee Zii Jia yang sedang mendahului Shesar Hiren Rhustavito dengan mata 13-9 dilihat banyak melakukan kesilapan dengan beberapa pukulan balasnya sangkut dijaring sekaligus memberikan mata penyamaan kepada lawannya itu.

Pemain yang berasal dari Sukoharjo itu dilihat bijak membaca kelemahan pemain ranking ke-5 dunia itu. Dia mengajak Lee Zii Jia bermain di ‘base line’ kemudian mengumpan bola ke ‘singles sideline’ sehingga memaksa Lee Zii Jia membuat kesilapan dengan bola kerap tersangkut di jaring.

Kesilapan-kesilapan kecil sedemikian menyebabkan Lee Zii Jia tewas 16-21 pada set penentuan tersebut.

Dengan kekalahan mengejut tersebut, maka harapan peminat badminton tempatan untuk melihat Lee Zii Jia menjulang gelaran Terbuka Malaysia 2022 dalam acara perseorangan lelaki hanya menjadi angan-angan.

Lagenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain Malaysia terakhir memenangi Terbuka Malaysia pada tahun 2018.

Foto | My All Sports

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.