Leclerc sambar petak pertama GP Bahrain

Sakhir – Charles Leclerc menyambar petak pertama dalam sesi kelayakan GP Bahrain yang berlangsung lewat malam tadi waktu Malaysia. Pemandu Ferrari itu mengejutkan juara dunia 2021, Max Verstappen yang hanya mampu berada di petak kedua pada sesi kelayakan GP Bahrain tersebut.

Sesi kelayakan GP Bahrain hanya berkisar tentang Ferrari dan Red Bull yang mana, kedua-dua pasukan mempunyai jentera yang sangat kompetitif sepanjang ujian pra-musim 2022.

Charles Leclerc akan bermula dari petak hadapan pada GP Bahrain yang juga merupakan perlumbaan pembukaan bagi musim 2022 dengan rakan sepasukannya, Carlos Sainz menduduki tempat ketiga manakala Sergio Perez yang juga rakan sepasukan Max Verstappen di tempat keempat.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton hanya mampu berada petak kelima dengan rakan sepasukannya yang baru, George Russell berada di petak kesembilan.

Berikut adalah keputusan sesi kelayakan Grand Prix Bahrain:

KedudukanPemanduPasukanCatatan Masa
1LeclercFerrari1:30.558
2VerstappenRed Bull1:30.681
3SainzFerrari1:30.687
4PerezRed Bull1:30.921
5HamiltonMercedes1:31.238
6BottasAlfa Romeo1:31.560
7MagnussenHaas1:31.808
8AlonsoAlpine1:32.195
9RussellMercedes1:32.216
10GaslyAlpha Tauri1:32.338
11OconAlpine1:31.782
12SchumacherHaas1:31.998
13NorrisMcLaren1:32.008
14AlbonWilliams1:32.664
15ZhouAlfa Romeo1:33.543
16TsunodaAlpha Tauri1:32.750
17HulkenbergAston Martin1:32.777
18RicciardoMcLaren1:32.945
19StrollAston Martin1:33.032
20LatifiWilliams1:33.634

Foto: Twitter

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.