Latihan PASKAL, jangan cemas

Setempat Terkini

Lumut – Penduduk sekitar Lumut dan kawasan berdekatan dimohon supaya tidak berasa cemas sekiranya terdengar bunyi tembakan atau letupan pada pagi Khamis ini. 

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengeluarkan kenyataan media malam tadi menyatakan bahawa, KD Panglima Garang iaitu Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) akan melaksanakan latihan praktikal menyelamat tebusan bagi kursus tempur jarak dekat PASKAL Siri PKL/26/TJD/22. 

Latihan praktikal tersebut akan menggunakan bas dan akan berlangsung di sekitar simpang tiga Lumut pada 1 September 2022, Khamis (esok) bermula jam 10 sehingga 11 pagi. 

TLDM turut menasihati orang awam agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *