KPM bakal umum Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 berkaitan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada hari Rabu ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, “Pengumuman garis panduan tersebut akan dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kelonggaran SOP berkaitan pandemik Covid-19.

“Insya-Allah, pihak kita (Kementerian Pendidikan Malaysia) menunggu pengumuman terkini KKM terlebih dahulu.

“Kemudian kita akan selaraskan perkara yang dibincangkan dengan KKM dan akan mengumumkan garis panduan 4.0 dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Menurut Radzi Jidin, KPM tidak berhasrat untuk menutup semula sekolah berikutan operasi sektor lain telah dilonggarkan setakat ini.

“Sebab itu kita (KPM) lebih cermat. Biar lambat asalkan selamat.

“Tutup sekolah ni penat tuan-tuan dan puan-puan. Tutup kena marah, buka kena marah, tukar tarikh pun kena marah,” kata Radzi Jidin.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *