Manjung – Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menyatakan bahawa jika Malaysia tidak dapat menewaskan Taiwan pada Selasa depan, maka kita tidak akan layak ke kelayakan Piala Dunia 2026.
Kim Pan Gon berkata skuad negara mesti berjuang untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan kedua Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, walaupun dia mengakui bahawa perlawanan di tempat lawan pastinya lebih sukar kerana faktor tekanan.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pasukan bimbingannya dimotivasikan dengan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan (kedudukan ke-97 dunia) malam tadi Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kami telah belajar sesuatu dan memahami tindakan yang perlu kita ambil. Kita tidak layak untuk ke peringkat seterusnya jika kita tidak melakukan yang terbaik, tetapi kita bercita-cita untuk menjadi yang 18 terbaik. Kami bercita-cita untuk mara kepusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

“Perlawanan berdepan Taiwan di Taipei pastinya lebih mencabar. Harapnya kita dapat memberikan yang terbaik,” jelasnya lagi.
Pada sidang media selepas perlawanan Malaysia-Kyrgyzstan malam tadi, Kim Pan Gon turut menegaskan, “Kita kena berjuang untuk memperoleh tiga mata. Jika tidak, kita tidak akan ke pusingan ketiga.”

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia ketinggalan 1-3 sebelum bangkit dengan bergaya dengan, pemain sayap, Mohamad Faisal Abdul Halim menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93 waktu kecederaan.
Dua gol diperoleh melalui tandukan Dion Cools dan satu gol sendiri oleh pemain Kyrgyzstan.
Arif Aiman Mohd Hanafi menjadi watak penting untuk kesemua gol-gol tersebut.
Kim Pan Gon dilihat sedikit kecewa dengan jumlah kehadiran penonton ke stadium untuk perlawanan malam tadi dengan dihadiri hanya kira-kira 17, 000 penyokong sahaja.
Kim Pan Gon berkata, “Saya menghargai mereka yang datang, tapi stadium kita mempunyai 80, 000 tempat duduk.”
Gambar: FAM