Acryl Sani Abdullah Sani

Ketua Polis Negara Bersara Awal

Berita Terkini

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada bulan Julai ini meskipun kontrak beliau berakhir pada 3 Oktober depan.

Beliau akan mengakhiri tugasnya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini.

Keputusan tersebut dibuat kerana ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu beliau terima.

Acryl Sani tidak memberi butiran lanjut mengenai tawaran yang diterimanya setelah menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.

Khabar angin turut bertiup mengenai Acryl Sani bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat ini.

Langkah Acryl Sani untuk bersara lebih awal dapat dilihat apabila juruiring rasminya sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Pengganti Acryl Sani juga masih belum dapat disahkan.

Antara nama-nama yang mungkin menggantikan jawatan pemimpin nombor satu PDRM itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan bekas Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Ramli Din.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *