Keputusan SPM 2021 16 Jun ini

Putrajaya – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022ini bermula jam 10 pagi.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

“Pertama, calon-calon sekolah boleh ambil keputusan di sekolah masing-masing.

“Kedua, secara atas talian melalui pautan yang akan diberikan

“Ketiga, melalui sistem pesanan ringkas (SMS),” kata Radzi Jidin dalam satu rakaman video yang dikongsi di Twitternya sebentar tadi.

Radzi Jidin turut menasihatkan agar calon-calon SPM yang akan mengambil keputusan nanti menerima keputusan dengan hati yang terbuka selain terus bergerak ke hadapan dan masih banyak peluang dan ruang yang terbuka di hadapan sana.

Peperiksaan SPM 2021 telah diadakan pada 2 hingga 29 Mac lalu melibatkan seramai 407,097 orang calon.

Foto | Twitter

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *