covid test china

Kematian pertama COVID-19 dalam setahun

Dunia

Shanghai – Pada Sabtu lalu, China melaporkan kematian yang pertama akibat COVID-19 dalam masa tempoh lebih setahun.

Mengikut laporan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, kematian tersebut merupakan dua individu dari wilayah timur laut Jilin.

Negara yang terkenal dengan gelaran Tembok Besar China itu hanya melaporkan dua kematian sepanjang tahun 2021.

China memperkenalkan dasar ‘pembersihan dinamik’ demi mengurangkan jangkitan secepat mungkin dengan mengenakan sekatan ketat seperti perintah berkurung dan membuat saringan secara besar-besaran di kawasan yang mempunyai kes.

Jilin merupakan wilayah yang bersempadan dengan Korea Utara dan Rusia, kini menyumbang lebih dua pertiga jangkitan COVID-19 tempatan.

Berdasarkan maklumat pegawai kanan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, salah seorang daripada kes maut terbaru itu tidak mendapatkan vaksin COVID-19.

Kedua-dua mangsa hanya mengalami simptom COVID-19 yang ringan.

Dengan kematian terbaru itu, jumlah kumulatif kematian di China meningkat kepada 4,683 kes.

China turut melaporkan 2,228 kes baharu, pada hari Ahad.

Sehingga hari Jumaat yang lalu, China hanya mempunyai jumlah kumulatif 128,462 kes yang disahkan COVID-19.

Foto | Twitter